Thursday 19 January 2012

TEKNIK DAN METOD YANG DIGUNAKAN OLEH RASULULLAH DALAM MENGAJAR


Baginda Rasulullah sentiasa memilih teknik yang terbaik dalam menyampaikan ilmu, sehingga meninggalkan kesan di dalam lubuk hati sanubari setiap yang mendengarnya. Baginda menggunakan kaedah yang mudah diingati dan paling mudah banyak membantu di dalam pengajarannya. Bagi mereka yang suka mengkaji sunah baginda ( saw) sudah pasti berjumpa kepelbagaian uslub yang disampaikan kepada para sahabat. Bertanya, menjawab persoalan, menambah soalan, membuat contoh, menyertakan perkataan sumpah, menggunakan kaedah penulisan, melukis, perumpamaan dan kisan. Itulah di antara uslub yang digunakan oleh baginda. Insya Allah di sini saya akan kemukakan contoh dan kaedah yang terdapat I dalam kitab- kitab sunnah.



وما توفيقي الا بالله عليه توكلت وإليه أنيب    
     
TEKNIK 1 : MENJADIKAN DIRI DAN AKHLAKNYA YANG MULIA SEBAGAI MODEL PENDIDIKAN

1.       1.  Uslub dan kaedah yang digunakan adalah ajaran yang praktikal dan berakhlak dengan sirah yang baik.
2.       2.  Baginda tidak mengarahkan sesuatu perkara melainkan bagindalah orang yang pertama melakukannya,   
         seterusnya diikuti oleh para sahabat sebagaimana yang dilihat terhadapa batang tubuh Rasulullah.
3.       3.  Baginda adalah model yang terbaik ( Surah Al- Ahzab )


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)


 4.  Di dalam kitab karangan Imam Ibnu Hajar- الإضابة فى تميز الصحابة       
                Mengisahkan seorang sahabat ( Aljulanda) merupakan seorang raja Oman. Riwayat Ibnu Ishak bahawa nabi pernah mengutuskan Sayyidina  Amru bin Asr kepadanya dan menyeru kepada islam lalu aljunda berkata : Sesungguhnya Nabi yang terulung ini telah mengajarku beberapa perkara antaranya, baginda tidak mengarahkan agar melakukan sesuatu kebaikan melainkan bagindalah yang pertama melakukannya.Begitulah juga kejahatan, baginda tidak menegah melainkan bagindalah orang yang pertama meninggalkannya. Walaupun baginda menang, namun baginda tidak sombong, tidak mengata perkara yang tidak baik. Baginda seorang yang menunaikan janji dan daku naik saksi bahawa Baginda adalah seorang nabi

No comments:

Post a Comment