Thursday 19 January 2012

TEKNIK DAN METOD YANG DIGUNAKAN OLEH RASULULLAH DALAM MENGAJAR


Baginda Rasulullah sentiasa memilih teknik yang terbaik dalam menyampaikan ilmu, sehingga meninggalkan kesan di dalam lubuk hati sanubari setiap yang mendengarnya. Baginda menggunakan kaedah yang mudah diingati dan paling mudah banyak membantu di dalam pengajarannya. Bagi mereka yang suka mengkaji sunah baginda ( saw) sudah pasti berjumpa kepelbagaian uslub yang disampaikan kepada para sahabat. Bertanya, menjawab persoalan, menambah soalan, membuat contoh, menyertakan perkataan sumpah, menggunakan kaedah penulisan, melukis, perumpamaan dan kisan. Itulah di antara uslub yang digunakan oleh baginda. Insya Allah di sini saya akan kemukakan contoh dan kaedah yang terdapat I dalam kitab- kitab sunnah.

Monday 9 January 2012

PENGUMUMAN

Pihak Pengendali blog memohon maaf di atas kelewatan meng-update blog ini kerana admin mengalami masalah kesihatan. I.Allah dalam masa terdekat kami akan memeriahkan blog ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat dan sebaran sila maklumkan kepada pihak admin

Wednesday 21 December 2011

PMR : Terengganu Terus Unggul

Petikan sidang akhbar Timbalan Pengarah Pelajaran sempena pengumuman Keputusan PMR 2011 di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu pagi tadi.





Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya, saya diberi kesempatan untuk mengumumkan analisis keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran  Malaysia Negeri Terengganu pada hari ini.

Seramai 23,157 orang calon telah mendaftar untuk menduduki Peperiksaan PMR pada tahun 2011 berbanding 23,630 orang calon pada tahun 2010 iaitu pengurangan sebanyak 1.01%.

PMR: Prestasi Bahasa Melayu, Cina, Iban dan Pendidikan Islam menurun


2011/12/22

PUTRAJAYA: Prestasi Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Iban dan Pendidikan Islam dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 menunjukkan penurunan, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud.

Beliau berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Melayu merosot 1.3 peratus berbanding tahun lalu, Bahasa Iban (4.4 peratus) manakala Pendidikan Islam pula menurun 1.7 peratus.

"Bagi Bahasa Cina, sekali pun pencapaian gred A meningkat sedikit 0.1 peratus, pencapaian gred B, C dan D menurun, manakala gred E melonjak hampir dua peratus," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Ghafar berkata, pencapaian gred A bagi Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris meningkat sebanyak 1.7 peratus dan 0.8 peratus masing-masing.

Katanya, calon yang mendapat gred A dalam subjek Matematik juga meningkat kepada 30.2 peratus berbanding 28.9 peratus pada 2010, sementara subjek Sains mencatatkan peningkatan empat peratus.

Bagi mata pelajaran Sejarah, pencapaian gred A menurun 0.9 peratus kepada 20.4 peratus berbanding 21.3 peratus, tahun lalu.

Seramai 441,137 pelajar menduduki peperiksaan itu tahun ini dan daripada jumlah tersebut 34,271 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. - BERNAMA

Tuesday 20 December 2011

10 Muwasofat Tarbiyyah

  1. Matinu al-Khuluq (Akhlak yang mantap)
  2. Muthaaqqafu al-Fikri (Fikiran yang berpengetahuan)
  3. Salimu al-‘Aqidah (Akidah yang sejahtera)
  4. Qadiran ‘ala al-Kasbi (Mampu berusaha)
  5. Sahihu al-‘Ibadah (Ibadah yang betul)
  6. Hariithun ‘ala Waqtihi (Menjaga Waktunya)
  7. Munazzamun fi Syu'unihi (Tersusun dalam urusan-urusannya)
  8. Qawiyyu al-Jismi (Kuat tubuh badan)
  9. Nafi'un li ghairihi (Berguna untuk orang lain)
  10. Mujahadah ‘ala an-Nafsi (Mampu melawan nafsu)

Peranan Ustaz-Ustazah: Suatu Muhasabah

Posted by Aliff Basri | Posted in Uncategorized | Posted on 25-05-2009

{Beberapa Hari Lepas}- Liqa’ ringkas antara beberapa orang pemuda berjalan dengan suasana harmoni. Empat pasang mata saling melempar senyuman dan berkongsi cerita tentang pengalaman sepanjang minggu tersebut. Al-maklumlah, sudah hampir seminggu tidak berjumpa dan tiada tempat meluah perasaan, barangkali. Antara topik hangat ialah sikap para ustaz ustazah di sekolah-sekolah. Golongan yang ahli dalam aspek agama ini dikatakan tidak serius dalam mendidik anak murid (kesimpulan dalam perbualan yang berlangsung).

{Hari ini}- Isu ini sudah lama berlaku, tetapi macam tidak ada penyelesaian. Isu para ilmuan agama yang seperti tidak serius dalam mendidik anak-anak harapan negara. Tidak serius macam mana?
Senang cakap, ustaz ustazah masih belum menunjukkan potensi untuk menjadi seorang MUROBBI. 

MUROBBI yang benar-benar faham tugas dan tanggungjawab mereka dan benar-benar mahu mendidik anak murid mereka. Tugas mendidik bukanlah bermaksud datang tepat pada waktunya di sekolah, mengajar pendidikan Islam di sekolah, dan melaksanakan tugas-tugas pentadbiran sebagai seorang ustaz ustazah. Tapi mendidik ialah tugas memahami hati dan kehidupan mad’u dan memberikan ubat yang sesuai dan tepat untuk menyembuhkan penyakit yang ada pada anak-anak murid atau mad’u.Memang bukan mudah tugas ini, tapi ia adalah tanggungjawab.

Sedih saya bila dengar, ada dalam kalangan ustaz yang seakan-akan malu mereka diiktiraf sebagai ustaz. Panggil cikgu pun cukuplah. Perwatakan mereka seperti orang biasa dan title ustaz pada nama mereka hanya kerana mereka mengajar mata pelajaran pendidikan Islam. Watak tersebut seolah-olah valid hanya diperkarangan sekolah sahaja. Akibatnya, thiqah masyarakat untuk menjadikan mereka sebagai rujukan, semakin berkurangan.

Mungkin tindakan mereka untuk meraikan ahli masyarakat agar mereka tidak malu mendekati mereka, tetapi bagaimana dengan golongan yang tidak seperti masyarakat umum, yang memandang pakaian sebagai salah satu ciri untuk di-thiqah-i? Jangan kita menafikan golongan sebegini. Pendek kata, para ustaz kenalah pandai untuk memahami mad’u mereka bagaimana sifatnya. Ahli masyarakat mereka bagaimana sifatnya, supaya dakwah mereka betul-betl kena pada sasaran.

Wujud juga isu, pada masa kini, insan-insan atau segolongan individu yang tidak mengambil jurusan agama ini, mempunyai semangat untuk melihat Islam benar-benar tertegak dibumi Allah berbanding dengan insan-insan yang bergelar ustaz-ustazah. Dengan semangat yang ada, mereka belajar tentang Islam tetapi sistem pembelajaran mereka tidak seperti golongan yang beruntung seperti para ustaz ustazah. Mereka cuba berijtihad setakat ilmu yang mereka ada, tetapi ijtihad mereka dikatakan silap apabila disemak oleh orang yang ahli. Bahkan, semangat mereka ini benar, cuma jalan mereka salah. Mereka yang tidak ahli ini terpengaruh dengan cara pemikiran barat yang berunsurkan liberalisme, sekularisme dan pluralisme serta isme-isme yang lain. Dalam kalangan mereka wujud segolongan yang menyaluti isme-isme ini dengan Islam atau menghiasi isme-isme tersebut dengan Islam.

Akhirnya, wujudlah golongan Islam Liberal sebagai contoh. Ya, saya tidak nafikan, memang kewujudan fahaman-fahaman sesat tersebut ada dipengaruhi oleh agenda jahat musuh-musuh Islam, tetapi idea-idea tersebut dipandang betul oleh golongan individu yang bersemangat untuk lihat Islam hebat. Halusnya jarum kesesatan tersebut tidak dapat dibaca oleh para pendukungnya, bahkan  mereka yakin sungguh dengan tindakan mereka. Iaitu untuk memastikan masyarakat dapat melihat kehebatan Islam.
Umat Islam zaman ini berhadapan dengan krisis jati diri dan keracunan pemikiran yang kronik. Pada masa yang sama, amat kurang MUROBBI pada zaman ini. Siapalah yang sudi kiranya menginfakkan diri sebagai seorang MUROBBI pada zaman kehancuran sahsiah kini?

Malam tadi, ceramah dari TG AHmad Fahmi Zam Zam yang saya download melalui Kuliyah.net, amat menenangkan saya. Huraian beliau tentang bab kerohanian dari Kitab Hikam karangan Ibu ‘Ataillah memberi kesan pada hati yang kegersangan ilmu dan didikan para MUROBBI. Kata beliau, di zaman kini yang sangat kurang para MUROBBI, para ulama’ menyarankan umat akhir zaman ini mentelaah kitab-kitab karangan Imam al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhajul ‘Abidin. Imam al-Ghazali memang seorang tokoh MUROBBI. Walau beliau sudah lama tinggalkan kita, tetapi, hasil karya beliau, jika dibaca dan diteliti, sangat memberi kesan pada jiwa. Seolah-olah beliau tahu apa sakit setiap hati umat akhir zaman.

Bila membaca kitab Minhajul Abidin, dalam keadaan yang tidak bersedia sekalipun, ia mampu untuk mengubati hati yang kegersangan petunjuk Ilahi. Apatah lagi kalau dibaca dalam keadaan yang bersedia (berwudhuk dan duduk dalam keadaan yang proper).Hendak sampaikan di sini bahawa, karangan beliau amat mutu dan berkualiti dari segi isinya untuk umat akhir zaman.

{Harapan}- Kepada bakal-bakal ustaz ustazah atau para ustaz ustazah sendiri pada masa kini, moga dapat menunjukkan potensi kalian sebagai seorang MUROBBI. Saya pun sebenarnya ada keinginan untuk menjadi seorang MUROBBI, tapi bila fikirkan ilmu yang ada, Ya Allah, jauhnya diri saya dari Allah dan ciri-ciri untuk menjadi seorang MUROBBI.

Ini ialah apa yang saya lihat, pandang dan dengar. Ia adalah hal ehwal semasa yang sedang berlaku. Moga kita dapat buat sesuatu untuk kembalikan watak para ustaz ustazah yang sebenar. Juga diri sendiri sebagai seorang insan.

Cerita Sang MUROBBI sangat bagus untuk ditonton oleh semua, terutama para pendidik.

MUROBBI Contoh


P/S: Sebenarnya, sudah lama dahagakan sentuhan dan didikan seorang MUROBBI. Tidak tahu  bila akan dapat.



http://aliffbasri.com/?p=564

Wajah-Wajah Di Malam Jamuan Meraikan Ust Zawawi

Pengerusi Majlis Merangkap Pengarah Program

KU PAI2 tengah menginsafi diri

Ceroh tu dok ambik gamba orang tu

Si Bujang Mengaku Dah Berpunya

Handset Sebenarnya Fokus Utama Gamba Ini

Kacak Dengan Baju FAM Barunya, Made In Pengkalan Kubor

Ustaz Bujang Kembar Mengepit Ustaz Berkahwin

Ustaz Abe Loh

Ustaz Merah Shamri

Saksi majlis Makan Malam j-QAf KDC


Ustaz-Ustaz Yang Tak Tahan Menunggu

MAJLIS MAKAN MALAM KPLI j-QAF

MAKANAN MEMPENGARUHI HATI DAN PERIBADI

Sebagaimana yang diketahui umum, Islam amat menitik beratkan tentang rezeki yang halal. Terdapat banyak dalil yang ditegaskan dan diberi peringatan kepada kita dalam Al-Quran dan juga melalui hadis2 Rasullulah S.A.W. Antaranya.

Firman Allah SWT:

وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ حَلاَلاً طَيِّبًا وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِيَ أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ

Maksudnya: “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” Al-Maidah – 88.

Keperluan makanan halal TIDAK terbatas ke atas umat Islam sahaja malah seruan ini adalah kepada seluruh umat manusia. Kenapa? Kenapa? Kenapa? …

Salam permulaan

selamat berpraktkum